Jumaat, 20 Ogos 2010

Kesimpulan

Cakap tak nak kepada HIV/AIDS
HIV/AIDS boleh dikatakan sebagai hukuman mati kepada sesiapa yang telah dijangkiti oleh-nya. Masyarakat haruslah meningkatkan pengetahuan mereka terhadap HIV/AIDS. Kesedaran masyarakat terhadap HIV/AIDS merupakan langkah pencegahan yang terbaik. Berfikirlah sebelum bertindak, fikirkanlah orang-orang yang ada disamping kamu. Jagalah tingkah laku dan amalan diri sendiri sebelum anda menyesal. Bagi orang yang terjangkit HIV/AIDS, bertabahlah dan harus berani untuk berdepan dengan "pembunuh" ini. Sekiranya kita ada harapan, maka keajaiban akan berlaku.


Disediakan Oleh: Saw Hai Thong
Nombor Matrik: 207061

7 ulasan:

  1. apa yang saudara cadangkan memang adalah bukti belakunya kes kes ini.aids tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti dan menggeruni manusia.namun begitu,masih banyak manusia terutamanya golongan pemuda pemudi yang kerap melakukan jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.saudara kata bahawa manusia mesti meningkatkan pengetahuan mereka terhadap aids ini sangat disetujui dan saya menyokong pendapat saudara.kini,banyak manusia tidak mahu membazir masa emas mereka mencari kebendaan tetapi tidak mahu menjaga keselamatan diri dan ini amat menyedihkan.secara ikhlas hati,setelah membaca apa yang diluarkan oleh saudara dan ketekalan kumpulan saudara mencari serta mengingati manusia supaya memerangi aids sangat memuaskan.blog ini sangat berguna kepada manusia dan maklumat yang dibekal amat padat dan jelas.bagus dan syabas kepada ahli ahli kumpulan ini !!! XD

    BalasPadam
  2. Masyarakat juga tidak harus berpandangan rendah terhadap pesakit HIV/AIDS. Pesakit-pesakit amat memerlukan sokongan kasih sayang daripada ahli keluarga dan ahli masyarakat untuk cuba meneruskan kehidupan mereka.

    BalasPadam
  3. Aw~ terharunya ada orang yang menikmati karya kita >.<~ lol

    BalasPadam
  4. Tepatnya pandangan ini.. masyarakat harus menitik beratkan penyakit ini dan mengambil tindakan untk mengurangkan keberlakunya penyebaran virus HIV/AIDS. Bagi sesiapa yang menjadi mangsa virus ini harus berani menghadapi penyakit ini dan menyebarkan nasihat dan pangdangan yang betul, tepat dan sihat tentang virus HIV/AIDS kepada masyarakat. =]

    BalasPadam
  5. sememangnya kita tidak patut mempunyai pandangan serong terhadap sesiapa yang menghidapi AIDS mahupun pembawa HIV. Hal ini demikian kerana kepada sesiapa yang menjangkiti penyakit tersebut telahpun menerima balasan terhadap apa-apa yang telah mereka buat.sebaliknya, mereka yang tergolong dalam katogeri ini, kita perlu menghulurkan sokongan yang sepatutnya kepada mereka.

    BalasPadam
  6. Saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara Saw. Tiada sebarang ubat boleh digunakan untuk penyakit HIV maka sesiapa yang terkena penyakit ini bolehlah dikatakan adalah hukuman mati atau hanya tunggu saat sahaja. Suratkhabar sekarang kebanyakan memaparkan berita berkaitan dengan kes membuang bayi. Inilah bermaksud tahap pengetahuan berkaitan dengan seks bagi pemuda-pemudi adalah rendah. Mereka tidak mengambil berat terhadap keselamatan diri dan akibatnya. Harap kerajaan boleh malaksanakan beberapa kempen kesedaran masyarakat yang berkaitan dengan akibat seks bebas seperti penyakit HIV.

    BalasPadam
  7. hi guys, u guys really did a good job!
    a good reference to me! :)
    i think this is ur assignment?

    BalasPadam