Ahad, 29 Ogos 2010

Apkah itu HIV??

HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. HIV merupakan retrovirus. Retrovirus merupakan golongan virus yang terdiri daripada satu benang tunggal RNA. Selepas menjangkiti sel-sel yang normal,virus ini akan membentuk replika DNA dari RNA-nya supaya ia akan menjadi komponen sel-sel tersebut. Seseorang yang HIV positif, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala juga boleh menjangkiti orang lain. Individu yang HIV positif juga digelar sebagai Pembawa HIV. Pembawa HIV dapat menjalankan kegiatan harian seperti orang biasa dan mereka nampak sihat seperti orang biasa bagi tempoh 5 hingga 10 tahun.
Virus HIV


Disediakan Oleh: Lim Seok Eng
Nombor Matrik: 199035

Sabtu, 28 Ogos 2010

Apakah itu AIDS??

Virus HIV (bulatan-bulatan hijau) sedang memperbanyakkan diri
selapas menyerang sel darah putih
AIDS bermaksud acquired immunodeficiency syndrome. AIDS bukan sejenis penyakit, secara lebih mendalam AIDS merupakan satu peringkat dan juga merupakan peringkat terakhir bagi seseorang yang telah dijangkiti oleh virus HIV. Dalam peringkat ini, sistem pertahanan tubuh pesakit akan diserang dan dimusnahkan oleh virus HIV. Akibatnya segala virus, bakteria dan mikro organisme lain akan mudah menjangkiti pesakit tersebut. Akhirnya pesakit akan mati akibat tubuhnya tidak dapat mempertahankan diri sendiri daripada ancaman
mikro organisme. Sebagai info tambahan, biasanya seseorang pesakit AIDS mati disebabkan penyakit biasa seperti demam.


Disediakan Oleh: Khor Sock Chin
Nombor Matrik: 199343

Jumaat, 27 Ogos 2010

Cara-cara HIV/AIDS merebak

Cara-cara HIV/AIDS merebak
Seseorang akan dijangkiti virus HIV jika terdedah atau tersentuh cecair badan pembawa HIV iaitu :
  • Darah
  • Cecair faraj
  • Air mani
  • Susu ibu
Virus HIV akan menjangkiti seseorang melalui kegiatan berikut :
  • Perhubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti.
  • Perkongsian jarum atau alat suntikan lain dengan individu yang telah dijangkiti.
  • Terdedah atau penerimaan darah yang tercemar.
  • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus HIV kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran ataupun semasa penyusunan susu ibu.

Disediakan Oleh: Lim Zhinn Inn
Nombor Matrik: 207052

Khamis, 26 Ogos 2010

Mitos-mitos tentang penyebaran HIV/AIDS

Mitos-mitos tentang penyebaran HIV/AIDS banyak diwujudkan. Antara berikut merupakan contoh
mitos-mitos tentang HIV/AIDS :
  • Air liur, air peluh dan air mata merupakan agen penyebar virus HIV.
  • Nyamuk merupakan pembawa virus HIV
  • Hanya kegiatan homoseks akan menyebarkan HIV/AIDS
Penerangan :
-Kuantiti virus HIV dalam air liur, air peluh dan air mata tidak cukup untuk menyebabkan infeksi HIV.
-Virus HIV tidak dapat hidup dan juga tidak dapat memperbanyakkan diri sendiri dalam badan nyamuk.
-Segala jenis hubungan seksual juga akan menyebarkan HIV/AIDS
Buku tentang Mitos HIV/AIDS

Disediakan Oleh: Lee Yeou Lunn
Nombor Matrik: 206773

Rabu, 25 Ogos 2010

HIV/AIDS tidak akan merebak melalui :

Oleh sebab air liur, air peluh, air mata dan serangga tidak akan merebakkan virus HIV, maka banyak kegiatan harian adalah tidak akan menyebabkan infeksi HIV. Di bawah merupakan contoh :
    Poster tentang berikanlah kasih sayang kepada pesakit HIV/AIDS,
    pelukan tidak akan merebakkan HIV/AIDS 
  • Berpegang tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu. 
  • Melalui makanan atau minuman.
  • Ciuman/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

Disediakan Oleh: Khoo Pey Wen
Nombor Matrik: 207111

Selasa, 24 Ogos 2010

Diagnosis tentang HIV/AIDS

Diagnosis HIV
Terdapat dua proses iaitu :
  • Proses pertama ELISA . Jika seseorang dikesan ELISA reaktif, keputusan tersebut akan diuji sekali lagi untuk memastikannya. Jika dikesan tidak reactive, maka maksud selamat. 
    Pengambilan darah untuk membuat diagnosis Western Blot
  • Proses kedua ialah Western Blot (ada cara lain, Western Blot lebih gemar digunakan.). Seseorang yang dikesan ELISA reaktif seebanyak dua kali dan juga reaktif kepada diagnosis Western Blot, akan diiktiraf sebagai HIV positif.
Diagnosis AIDS
Peringkat AIDS bermula apabila jumlah CD4 (sejenis sel darah putih) dalam tubuh kurang daripada 200 mikroliter(ML).


Disediakan Oleh: Fiona Tan Kai Wen
Nombor Matrik: 204711

Isnin, 23 Ogos 2010

Tanda-tanda dan gejala AIDS

Selepas 5 hingga 10 tahun, pembawa HIV akan masuk ke peringkat AIDS, iaitu sistem pertahanannya telah dimusnahkan dan pelbagai tanda-tanda dan gejala akan muncul. Antara merupakan tanda-tanda dan gejala yang kerap dikesan :
    Sarkoma Kaposi, salah satu tanda AIDS
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Sarkoma Kaposi, tumor kulit yang kelihatan seperti tompok ungu tua
  • Laman mental dan sakit kepala kerana jangkitan kulat atau tumor di otak dan sumsum tulang belakang.
  • Sesak nafas dan kesulitan bernafas akibat jangkitan paru-paru
  • Singkat akal
  • Malnutrisi
  • Kronik diare
  • Demam panas yang kerap


Disediakan Oleh: Ooi Chin Wen
Nombor Matrik: 207022

Ahad, 22 Ogos 2010

Rawatan HIV/AIDS

Penggunaan ubat untuk melambatkan
proses penyakit HIV/AIDS
Adakah HIV/AIDS dapat diubati? Dengan duka citanya sehingga kini masih tiada cara untuk merawati HIV/AIDS. Walau bagaimanapun terdapat ubat yang boleh melambatkan proses penyakit ini. Pengubatan yang terkini ialah HAART iaitu Highly Active Anti-Retroviral Therapy. HAART ini akan meningkatkan jumlah sel CD4, seterusnya melambatkan proses penyakit HIV/AIDS. Selain itu pesakit juga mengamalkan kehidupan yang sihat seperti membuat senaman. Kesihatan seseorang pembawa HIV boleh melanjutkan jangka hayatnya.



Disediakan Oleh: Chien Pei Feng
Nombor Matrik: 199070

Sabtu, 21 Ogos 2010

Langkah-langkah pencegahan

Kebanyakan kes yang dilaporkan mengenai infeksi HIV adalah kerana gaya hidup pesakit yang tidak sihat. Secara umum jika seseorang boleh mengambil langkah-langkah pencegahan, peratusan menjangkiti HIV adalah sangat rendah. Antara merupakan langkah-langkah pencegahan :
  • Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
  • Bersifat setia terhadap pasangan.
  • Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
  • Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
  • Poster tentang langkah pencegahan HIV/AIDS
  • Amalkan cara hidup yang sihat












Disediakan Oleh: Ooi Sook Chen
Nombor Matrik: 204697

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kesimpulan

Cakap tak nak kepada HIV/AIDS
HIV/AIDS boleh dikatakan sebagai hukuman mati kepada sesiapa yang telah dijangkiti oleh-nya. Masyarakat haruslah meningkatkan pengetahuan mereka terhadap HIV/AIDS. Kesedaran masyarakat terhadap HIV/AIDS merupakan langkah pencegahan yang terbaik. Berfikirlah sebelum bertindak, fikirkanlah orang-orang yang ada disamping kamu. Jagalah tingkah laku dan amalan diri sendiri sebelum anda menyesal. Bagi orang yang terjangkit HIV/AIDS, bertabahlah dan harus berani untuk berdepan dengan "pembunuh" ini. Sekiranya kita ada harapan, maka keajaiban akan berlaku.


Disediakan Oleh: Saw Hai Thong
Nombor Matrik: 207061