HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. HIV merupakan retrovirus. Retrovirus merupakan golongan virus yang terdiri daripada satu benang tunggal RNA. Selepas menjangkiti sel-sel yang normal,virus ini akan membentuk replika DNA dari RNA-nya supaya ia akan menjadi komponen sel-sel tersebut. Seseorang yang HIV positif, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala juga boleh menjangkiti orang lain. Individu yang HIV positif juga digelar sebagai Pembawa HIV. Pembawa HIV dapat menjalankan kegiatan harian seperti orang biasa dan mereka nampak sihat seperti orang biasa bagi tempoh 5 hingga 10 tahun.
![]() |
Virus HIV |
Disediakan Oleh: Lim Seok Eng
Nombor Matrik: 199035